HPA GEMPUR INDONESIA


Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad, berkata HPA yang disahkan sebagai MLM (MLM) Syariah pertama di Malaysia pada Februari lalu, mula bertapak di Indonesia sejak tujuh tahun lalu di bawah nama PT Wahida dengan pengurusan syarikat itu dikendalikan pihak di Indonesia.

Bagaimanapun, katanya, dengan pembukaan PT HPA Nusantara, operasi syarikat akan diletak secara terus di bawah pengurusan HPA Malaysia, tetapi dibantu tenaga kerja dari Indonesia.

“Perkara utama dalam program Groom Big ini untuk mengerakkan MLM HPA Nusantara sama seperti HPA di Malaysia dengan menghantar sebanyak mungkin produk kita yang kita berjumlah lebih 200 (produk) ke negara itu selain memastikan ‘killer product’ (produk utama) seperti Kopi Radix tidak terputus bekalan.

“Perkara kedua mewujudkan lebih banyak ‘cabang’ (cawangan) HPA Nusantara di Indonesia yang kini hanya berjumlah lapan iaitu dua di Jakarta dan masing-masing satu di Bandung, Jogjakarta, Makassar, Medan, Palembang dan Surabaya.

“Sasaran kita ialah lebih daripada 150 cawangan dengan mengambil kira keluasan dan kepadatan penduduk Indonesia yang kini berjumlah lebih 250 juta” katanya.

PROGRAM PBC

PROGRAM PBC
KLIK PADA IMEJ UNTUK MENGETAHUI PBC BULAN INI

PENTADBIRAN BERPINDAH KE PYTRAJAYA

PENTADBIRAN BERPINDAH KE PYTRAJAYA
KLIK GAMBAR DI ATAS UNTU MENGETAHUI PERKEMBANGAN TERBARU HPA

  © Mahu bina Blog? Log Masuk sekarag Edited by AL-WAHIDA MARKETING SDN BHD CAWANGAN SETIU Hak cipta terpelihara 2009

Back to TOP